Thursday, December 26, 2013

Happy new year

Higway kata mari ,
Membe kata pergi ,
Mama kata hati-ii ,
Neraka kata sini-ii ,
Bawak moto tak sedar diri .
Bila da excident ,
Tanggung lah sendiri ,
Malam minggu is coming ,
Polis is waiting ,
Saman is giving ,
Rider is pening hahax XD nie baru rare....
Sisto Ronggeng Bergaya ,
Abam Rare Menjadi Raja ,
Bukan Nak Cakap Apa ,
Cuma Nak Bagitahu ,
NewYear Bakal Tiba
Bukan Nak Tahu Tapi Nak Tanya ,
NewYear Ni Kemana ? huhu...
RR Pergi Tanpa Henti ,
RXZ Follow Bagai [nα̲̅k] Mati ,
125 Mesty Tak Puas Hati ,
Mana Mau Pergi New Year Tahun Nie ?
Weng sini weng sana
Kita RIDER tiada BEZA
Walaupon BEZA hnya JENTERA
Bukan RARE yg kita pinta..
Pkai brang RARE bkan nk BANGGA
Tapi nk hargai brang yg LAMA
FLY FLY FLY biarlah brPADA2
Jgn smpai kita brSENGKETA
Xpuas hati Highway AdA
Trun Highway ttup CERITA
Ingatlah ingat kwanku SEMUA
Kita RIDER tiada BEZA
# HappyNewYearUtkSemua*

Friday, December 20, 2013

Kekurangan bajet

Di sbb kn kekurangan bajet membuat baju.. Owner mencipta baju yg lebih simple dan mungkin lebih murah.. Hihi

Wednesday, December 18, 2013

Drag racing motors

Good luck 98

Puting meliung di pantai lido..

Semua mat rempit perlu bercuti.. HAHA

Peraturan berkonvoi

Konvoi bermotorsikal di bahagikan kepada empat bahagian:
* motorsikal Lead
* Marshall
* Sweeper
* Motorsikal Peserta

LEAD
1. Lead harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kenderaan jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi motorsikal tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Lead (Jika Perlu).
2. Jika Lead memberikan isyarat memotong kepada kenderaan lain. Biarkan kenderaan yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
3. Hubungi Lead jika kenderaan di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

Motorsikal Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

1) Perkara Am dan Wajib
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas motorsikal anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar rantai dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki motorsikal anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu
Sentiasa nyalakan lampu motorsikal anda kerana ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori terlalu rapat dengan penunggan di hadapan.

Jangan mengikut motorsikal di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan Kenderaan Lain Mencelah?
Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan kumpulan konvoi.
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan motorsikal SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

Tuesday, December 17, 2013

Groupchat in wechat code

Baju

Smart x baju Ahli B.P.K.F, klaw bole nk bt.. Tapi wet hihi

Ahli bpkf

Budak ni dulu jarang lepak gn kiteowg.. Sbb sekola kt kota tinggi... Lpas spm.. Die sentiasa bersama gn bdk pulau :-)

Anggan2

Sebahagia budak pulau nak beli superbike vilocita.. Rm1200, agak2 dapat ke? Haha

Bestkan klaw g convoi pakai mcm ni

...

Jangan tiru ini aksi... Budak pulau pon x berani nk bt mcm ni..haha

Himpunan moto 125z pelik

Stiker

Stiker budak pulau kaki fly dlm pembikinan.. Klaw kowg nak.. Rm10 k :)

Convoi

Yahoo

Ramai ahli budak pulau yg sudah melepasi peperiksaan SPM.. Jadi lepas mungkin yg even yg owner akn nt... Covoi pon mukin lebih byk

Chat jommm

Budak pulau pon.. Mempunyai groupchat di wechat... Soo klaw kowg x di invite... Bagy tahu owner taw