Thursday, December 26, 2013

Happy new year

Higway kata mari ,
Membe kata pergi ,
Mama kata hati-ii ,
Neraka kata sini-ii ,
Bawak moto tak sedar diri .
Bila da excident ,
Tanggung lah sendiri ,
Malam minggu is coming ,
Polis is waiting ,
Saman is giving ,
Rider is pening hahax XD nie baru rare....
Sisto Ronggeng Bergaya ,
Abam Rare Menjadi Raja ,
Bukan Nak Cakap Apa ,
Cuma Nak Bagitahu ,
NewYear Bakal Tiba
Bukan Nak Tahu Tapi Nak Tanya ,
NewYear Ni Kemana ? huhu...
RR Pergi Tanpa Henti ,
RXZ Follow Bagai [nα̲̅k] Mati ,
125 Mesty Tak Puas Hati ,
Mana Mau Pergi New Year Tahun Nie ?
Weng sini weng sana
Kita RIDER tiada BEZA
Walaupon BEZA hnya JENTERA
Bukan RARE yg kita pinta..
Pkai brang RARE bkan nk BANGGA
Tapi nk hargai brang yg LAMA
FLY FLY FLY biarlah brPADA2
Jgn smpai kita brSENGKETA
Xpuas hati Highway AdA
Trun Highway ttup CERITA
Ingatlah ingat kwanku SEMUA
Kita RIDER tiada BEZA
# HappyNewYearUtkSemua*

Friday, December 20, 2013

Kekurangan bajet

Di sbb kn kekurangan bajet membuat baju.. Owner mencipta baju yg lebih simple dan mungkin lebih murah.. Hihi

Wednesday, December 18, 2013

Drag racing motors

Good luck 98

Puting meliung di pantai lido..

Semua mat rempit perlu bercuti.. HAHA

Peraturan berkonvoi

Konvoi bermotorsikal di bahagikan kepada empat bahagian:
* motorsikal Lead
* Marshall
* Sweeper
* Motorsikal Peserta

LEAD
1. Lead harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat tentang jarak dan bahawa ada kenderaan jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi.
2. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi motorsikal tidak jarak terlalu jauh.
3. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula.
4. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah.
5. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper
1. Sentiasa berhubung pandang dengan Lead (Jika Perlu).
2. Jika Lead memberikan isyarat memotong kepada kenderaan lain. Biarkan kenderaan yg tidak dalam konvoi unutk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi.
3. Hubungi Lead jika kenderaan di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan.

Marshall
1. Berada di tengah2 semasa konvoi.
2. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam satu kumpulan.
3. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan.
4. Memastikan konvoi tersusun.

Motorsikal Peserta
1. Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan.
2. Memerhatikan lead jika ingin memotong (gunakan isyarat)
3. menjarakkan antara kenderaan di depan dalam keadaan selamat dan selesa
4. Tidak membiarkan motorsikal di hadapan terkeluar dari susunan.
5. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

1) Perkara Am dan Wajib
Sebelum berkonvoi Buat pemeriksaan ke atas motorsikal anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar rantai dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki motorsikal anda. Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang lain yag mmungkin menyebabkan mereka akan mengikuti peserta yang tidak menyertai konvoi dalam sesuatu keadaan.

2) Menyalakan lampu
Sentiasa nyalakan lampu motorsikal anda kerana ini akan memberitahu kepada pengguna yang lain apa yang terjadi. Peserta lain dapat mengenali anda dengan menyalakan lampu serta tahu bahawa anda dalam konvoi yang sama.Ini memudahkan Jika salah seorang peserta konvoi dalam kecemasan ( memberhentikan/memperlahankan motorsikal maka anda dapat melihat dan mengesahkan itu ada lah salah seorang peserta konvoi dengan menggunakan cermin sisi.

3) Jangan mengekori terlalu rapat dengan penunggan di hadapan.

Jangan mengikut motorsikal di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

4) Membenarkan Kenderaan Lain Mencelah?
Selalunya , Peserta di dalam konvoi tidak membenarkan kenderaan mencelah atau memasuki susunan konvoi. Walau bagaimana pun konvoi sebenarnya membenarkan kenderaan lain keluar masuk dari susunan konvoi. Kebiasaannya kenderaan bukan peserta suka mengugut , menakut nakutkan peserta di dalam konvoi atau inginkan keistimewaan mungkin kerana pandangan pemandu yang tidak jelas dan ingin kan jalan yang tiada gangguan. Peserta konvoi haruslah mempunyai sikap sabar dan timbang rasa untuk membiarkan mereka memotong, melepasi konvoi kita dalam sesuatu keadaan yang sukar. Seharusnya dengan begitu konvoi kita teratur dan tidak mendatang kan emosi sekaligus dapat mengelakkan kejadian yang tak diingini.

5) Lead sentiasa bertanggungjawab memastikan kelajuan.
Ia adalah amat sukar tetapi amat mudah untuk membiarkan peserta memecut kelajuan dengan sesuka hati. Ini kerana di dalam konvoi ada berbagai sikap penunggang dan juga kemampuan motorsikal peserta. Tidak di nafikan akan adanya yang berkata konvoi terlalu laju atau terlalu perlahan. Cuba pastikan motorsikal anda masih di dalam susunan konvoi tanpa mengganggu lalulintas yang lain. Ini dapat mengurangkan atau tidak ada potong memotong antara satu sama lain semasa berkonvoi. Ini adalah sikap peserta sendiri bertanggungjawab memastikan motorsikal di belakang , di sisi berada dalam susunan.Jika motorsikal di belakang perlahan. Pasti kan peserta tidak meninggalkan motorsikal terlalu jauh ( perlahan kan juga motorsikal anda). Maka konvoi tidak akan terputus. Jangan memecut laju dan meninggalkan kumpulan konvoi.
Susunan konvoi untuk keselesaan memecut atau cuba mengikuti, mencabar kenderaan lain yang cuba mengganggu konvoi. Adalah lebih baik membiarkan kenderaan itu berlalu dan anda kembali kepada susunan konvoi.

6) Berlaku Kecemasan atau Masalah.
Jika ada berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan motorsikal SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

7) Tenang
Kadangkala tidak semua seperti yang dirancangkan akan sukses. Kebiasaannya peserta di dalam konvoi mengharapkan atau menjangkakan sesuatu yang baik dan menggembirakan untuk agenda2 yang dirancang apabila sampai ke destinasi. Adalah amat penting untuk peserta dalam keadaan sabar , tenang, selesa dan sedia menghadapi kemungkinan seperti perjalanan menjadi lambat kerana kesesakan lalulintas dan tergelincir dari jadual sebenar.

Memotong
Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan motorsikal hadapan dan menyebabkan kenderaan yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

Tuesday, December 17, 2013

Groupchat in wechat code

Baju

Smart x baju Ahli B.P.K.F, klaw bole nk bt.. Tapi wet hihi

Ahli bpkf

Budak ni dulu jarang lepak gn kiteowg.. Sbb sekola kt kota tinggi... Lpas spm.. Die sentiasa bersama gn bdk pulau :-)

Anggan2

Sebahagia budak pulau nak beli superbike vilocita.. Rm1200, agak2 dapat ke? Haha

Bestkan klaw g convoi pakai mcm ni

...

Jangan tiru ini aksi... Budak pulau pon x berani nk bt mcm ni..haha

Himpunan moto 125z pelik

Stiker

Stiker budak pulau kaki fly dlm pembikinan.. Klaw kowg nak.. Rm10 k :)

Convoi

Yahoo

Ramai ahli budak pulau yg sudah melepasi peperiksaan SPM.. Jadi lepas mungkin yg even yg owner akn nt... Covoi pon mukin lebih byk

Chat jommm

Budak pulau pon.. Mempunyai groupchat di wechat... Soo klaw kowg x di invite... Bagy tahu owner taw

Monday, September 23, 2013

Budak Kampung pasir putih menyerang TAMAN AIR BIRU

Mat Rempit Bikin Binasa

[HM] Pasir Gudang: “Saya sangka mereka nak sama-sama menonton perlawanan bola sepak di televisyen, tapi terkejut apabila seorang daripada mereka menjerit ‘serang’ diikuti puluhan lelaki meluru bersenjatakan parang, pedang samurai, kayu dan besi.”

Demikian kata Ed Baela Muhalajah, 30, seorang daripada mangsa serangan sekumpulan 100 mat rempit yang menunggang 50 motosikal di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru, di sini, malam kelmarin.

Kumpulan samseng jalan raya itu kemudiannya turut menyerang sebuah restoran mamak, mencederakan seorang orang awam dan menyamun seorang gadis di luar sebuah restoran makanan segera di sekitar Taman Air Biru.

Ed Baela yang juga Ketua UMNO cawangan Taman Air Biru, Jalan Perjiran 9, di sini, berkata, kejadian serangan itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam.

SEORANG penduduk menunjukkan keadaan keretanya yang diserang.

Menurutnya, ketika itu dia bersama sekumpulan penduduk menyaksikan perlawanan bola sepak menerusi skrin televisyen membabitkan saingan Liga Malaysia antara Johor Darul Takzim (JDT) dengan Selangor PKNS.

Penduduk Tahan, Pukul Mat Rempit

[HM] Pasir Gudang: Amukan 100 mat rempit menaiki 50 motosikal di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, di sini, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin.

Selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam, mereka yang bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi mengamuk pula di sebuah restoran mamak.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Miswan, 40-an, berkata, dia sedang makan di dalam restoran mamak itu.

“Kumpulan itu tiba-tiba muncul dan merosakkan meja menyebabkan pelanggan lari,” katanya.

Menurutnya, penyerang terbabit meninggalkan restoran mamak dan ketika lalu di depan sebuah restoran makanan segera, mereka menyamun seorang remaja.

Pengurus restoran makanan segera itu yang mahu dikenali sebagai Wati, 32, berkata, ketika itu dia berada di luar restoran dan sempat lari menyelamatkan diri dengan memasuki restoran dan mengunci pintu.

Ketika dalam perjalanan meninggalkan kawasan itu, kumpulan mat rempit menghalang seorang penunggang motosikal, Khairul Aizad Sulaiman, 25, yang menghala ke Taman Bukit Dahlia di simpang empat kawasan Taman Air Biru dan menetak tangannya pada jam 11 malam.

Menurut Khairul Aizad, mereka menghalang dan menetak tangannya menggunakan senjata tajam.

“Selepas menetak saya tanpa sebab, mereka melarikan diri,” katanya yang menerima dua jahitan di tangan.

Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit.

Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain,” katanya ketika dihubungi semalam. -23/9/13

Saturday, September 21, 2013

janji,kiling

dh pnt nk minta duit kt kowg... bebual nk bt stiker... tapi sowg pon tanak byr.. tolong la aku byr duit pendahuluan... kowg semua nk harapkn aku...

GANGSTER

wah..lencai sudah mari ma!!! abis dusun air biru lu hantam!!! lu byk besar ka!!! heyyyy!!!!! lu sembang,lu hamtam,lu kasi ini kepala satu kali,wa pon sudah bosan....!!!! lu ingat jai... hidup kt dunia ni,bukan lama.... padai2 simpan la... pat2 siku lipat,sape suruh mintak...? kan dah mendapat.... hey dragon... tlong jgn kacaw ini dusun... owg sini byk susah,byk takot owww....

Thursday, September 12, 2013

cara nak bagy EX5 LAJU

1.pakai cam racing, tukar valve (tapet ekzos ngn enjin same besa), clutch plate, spring racing

 2.*korek blok (seeloknye pakai blok kriss 100) dan pakai piston besar

 3.*rod piston (ikot kowang laa... pendek utk pick up. pnjg utk top)

 4.pakai gasket strawberi

 5.*karburater yg dicadangkn... kriss 100 (tp kne tukar jarum) , kawasaki kips, tx ori 150

 6.tengkok karburater pki yg pendek atau yg asal tu..gosok dlmnye sampai licin

 7.*head blok pown kne tukar gak (head racing)

 8.coi api racing dan angin bkak siket..

 9.*potong arr sit-arm blakang..

 10.pakai rantai 420 (kecik) ngn spoket 35-15 (pick-up), 30-15 (top)

 11.pakai minyak hitam honda ngn oil treatment

 tambahan :...

-pakai tayar sotong -tukar ekzos

Wednesday, September 11, 2013

setting honda petak

kalau nak laju:
+tukar kaburetor
+tukar spoket kecil
+tayar sotong (wajib)
+piston racing

kalau ekzos kuat:
+tukar ekzos ex5 (tambah selencer) atau + ezos cobra

tapi kalau dah tukar tue pandai-pandai la takut kantoi ngan jpj lak sebab tukar nie memang salah:D

PEMBELIAN STIKER

sesiapa yg ingin membeli stiker B.P.K.F sila bayar RM10 kepada haidir... sekiranya wang untuk membuat stiker terlalu mahal.. kami akan memberitahu anda kemudian.. terima kasih !

Monday, September 9, 2013

budak2 pulau jalan-jalan cari pasal HAHA

BUDAK PULAU 14 TAHUN PACAK MOTO

BUDAK PuLaU MENYANYI

TAIKO BUDAK PULAU!

kalaw berani,kacaw la budak ni makan.. kene rembat baru tao!!! HAHA

anggan-anggan

huhu.. bestnye klaw ada superbike kan ;)

8cara untuk menjadi penunggang budak pulau

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.

2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

3. Sentiasa memakai topi keledar

4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju.

5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan sebelum melakukan pertukaran lorong.
7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya.

8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.
9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah.

10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

DOA SEBELUM MEMANDU :)

assalamualaikum awak
awak tahu x doa naik kenderaan ?
awak hafal x ?
sebelum berangkat awak baca doa tu dulu x?
awak faham x maksud ayat yang awak baca ?
awak rasa selamat x kalau xbaca doa ?

maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya dan kepada Allah kami kembali

Lawak budak pulau

AIKAEL dan HAIDIR, dua budak yang suka meronda-ronda di perjilanan8.  Tengah syok berborak tentang awek, tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelaki menangis di tepi jalan.lalu mereka memberhentikan motosikalnya berdekatan dengan budak tadi.

"Pasal apa adik menangis", tanya AIKAEL.

"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong",pujuk HAIDIR pulak.

Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar mak dah pesan. kalau nak melintas jalan
tunggu kereta lalu dulu. masalahnya dari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta pon yang lalu. Motor c70 biru ada la..".

Mendengar penjelasan budak tadi, AIKAEL dan HAIDIR hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tu

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Mat Rempit


Kenapa aku tiba-tiba nak menulis pasal Mat Rempit. To be honest, aku tengah tiada idea.

Hati nak menulis (menaip) tapi otak kering. Jalan termudah ialah mencari sesuatu yang paling cliche atau yang paling mudah untuk aku tulis. Oleh disebabkan ada kawan-kawan aku bercerita tentang Mat Rempit di Twitter, baik aku tulis pasal Mat Rempit saja.

Aku malas nak tulis pasal keburukan Mat Rempit, Mat Rempit selalu buat dosa, Mat Rempit bukan budaya kita,  atau yang selalu kamu baca di akhbar atau tonton dalam rancangan 999 atau 360 di TV3. Kali ini aku nak bercerita tentang ciri-ciri Mat Rempit.

Kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak bezakan yang mana satu Mat Rempit, yang mana satu Mat Despatch, yang mana satu Mat McDonald Delivery, yang mana satu Mat Pizza Hut Dilevery, dan yang mana satu Mat Zan Mat Aris.

Hari ini, aku akan bagi tips, macam mana kamu nak membezakan antara Mat Rempit dan bukan Mat Rempit. Kamu juga dapat mengenali yang mana satu Mat Rempit poser dan mana satu Mat Rempit Tegar yang asli.

Mesti mempunyai motor dan tahu selok-belok tentang motor

Kalau nama pun Mat Rempit, kenalah ada motor. Kalau tidak macam mana nak merempit. Kalau ada basikal, itu namanya Mat Fixie. Kalau ada kereta, itu namanya Mat Drift. Kalau ada ais krim, itu namanya Mat Cool.

Dan mestilah tahu selok belok tentang motor. Mesti tahu cara nak bagi bunyi eksoz kuat, cara nak buat motor boleh pergi laju, cara nak tukar spark plug dan cara memakai helmet dengan betul.

Seorang lelaki

Mat Rempit mestilah seorang lelaki kerana aksi Mat Rempit adalah merbahaya dan hanya lelaki yang sesuai untuk melakukan aksi tersebut.

Kalau perempuan, baik jadi Bohsia saja. Menjadi trofi kemenangan para Mat Rempit dan jadi teman tidur untuk satu malam.

Pondan? Pergi lepak Lorong Haji Taib saja lah.

Berhati kering

Kalau setakat jenis nak buang sampah merata-rata pun rasa takut, hentikanlah niat nak jadi Mat Rempit. Mat Rempit mestilah berhati kering. Kalau boleh, macam langsung tiada perasaan. Tak takut pada sesiapa. Hatta, tidak takut pada tuhan sekalipun.

Polis? Macam langsung tak dipandang. JPJ? You can kiss my ass. Kalau nampak road block, selamba saja buat u-turn dan jalan menentang arus kereta yang bertentangan.

Mati? Apa ada hal. Tak anak jantanlah kalau kau takut mati. Mat Rempit mana takut mati.

Bertelinga tuli dan tahan dimaki

Apa kaitan Mat Rempit dengan telinga?

Kerjaya sebagai Mat Rempit biasanya tidak direstui oleh ibubapa. Sebelum kamu keluar merempit, kamu mesti akan dileteri oleh emak dan dimaki oleh ayah. Oleh itu, ketahanan telinga adalah penting dan jangan sesekali koyak emosi bila dimaki oleh ibubapa anda.

Telinga tuli ini juga perlu ketika polis trafik tahan dan memaki kamu dengan beberapa perkataan maki hamun yang kamu tak pernah dengar keluar dari mulut mak ayah kamu.

Berkebolehan melakukan aksi yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain

Mat Rempit semuanya mestilah tahu melakukan aksi berani mati yang boleh memendekkan umur mereka sendiri.

Aksi-aksi wajib seperti Wheelie (angkat tayar depan), wheekang (brek motor sampai motor terjungkit), Superman (baring atas motor ala-ala superman), scorpion (sama seperti superman tapi kaki diangkat sebelah),  Spiderman (aku tak tahu skill yang ini. Ini kawan aku yang petik nama skill ni) dan lain-lain.

Oleh kerana mereka mampu melakukan aksi berani mati, mereka mempunyai kelebihan untuk membuat kerja sambilan di Sarkas ataupun persembahan TATU Angakatan Tentera Malaysia.

Ataupun, mereka patut dilatih untuk menyertai pasukan gimnastik Malaysia memandangkan mereka boleh melenturkan badan dengan baik dan mempunyai imbangan badan yang baik. Sesuai untuk acara balance beam.

Mempunyai bentuk rambut mullet

Kebanyakan Mat Rempit mempunyai gaya rambut Mullet. Kamu tahu macam mana bentuk rambut Mullet? Rambut ekor panjang di belakang, rambut bahagian atas pendek. Sila Google sendiri.

Rambut gaya Mullet amat penting kerana ia memudahkan Mat Rempit untuk menyarung dan menanggalkan helmet tanpa merosakkan gaya rambut.

Mesti tahu berzina

Dosa besar yang paling popular dan paling digemari yang dilakukan oleh Mat Rempit ialah berzina. Kenapa ia yang paling popular dan digemari?

Mestilah. Dapat 'main' perempuan secara free, lelaki mana yang tak suka. Lagipun, itulah dosa besar yang tidak memberikan effect kepada diri sendiri. Kalau terpancut dalam, yang mengandung Bohsia tersebut, bukannya jadi masalah untuk Mat Rempit tersebut. Walaupun sudah banyak kali berzina, tapi Mat Rempit masih lagi bodoh dan tak tahu menggunakan kondom.

Kalau minum arak bahaya. Macam mana nak bawa motor kalau sudah mabuk? Lagipun, Bohsia yang dapat hasil perlumbaan tadi takkan nak dibiarkan jadi perhiasan saja kot. Jadi zina adalah pilihan yang tepat.

Sering duduk dalam kumpulan

Kamu pernah nampak ke Mat Rempit lepak sorang-sorang. Mereka perlu duduk dalam kumpulan yang ramai.

Mereka hanya berani apabila duduk secara berkumpulan dan bagaikan lelaki hilang kemaluan apabila duduk berseorangan.

Duduk secar berkumpulan juga menampakkan mereka bagaikan berkuasa, sedangkan duduk berseorangan menunjukkan yang mereka bagaikan seorang loser (Mat Rempit yang tiada geng adalah Mat Rempit produk gagal).

Teknik mengurat perempuan yang cliche

Aktiviti yang biasa dibuat oleh Mat Rempit bila duduk dalam kumpulan ialah mengurat perempuan. Perempuan pilihan yang menjadi mangsa mengurat mereka ialah kebanyakannya perempuan bertudung. Ya lah, perempuan seksi malam nanti boleh dapat. Kalau siang kenalah cari perempuan yang baik-baik sikit.

Mereka menggunakan teknik zaman 90'an untuk mengurat perempuan. Sebagai contoh mereka masih meletakkan harapan dapat menackle perempuan dengan teknik membuat bunyi cencurut, yang berbunyi  cccuuuttt!!! ccuuuttt!!!!

Ataupun mereka sering menggunakan satu lagi ayat cliche seperti, "Hai Kak Long. Sorang je ke?". Mereka sering menggunakan kata ganti nama 'Kak Long' untuk para gadis. Kenapa? Itu kamu kena tanya Mat Rempit sendiri.

Pakai gelang besi

Dah menjadi satu trend yang kebanyakan Mat Rempit kini memakai gelang besi. Kenapa? Mungkin dengan memakai gelang besi, mereka lebih merasa superior dan nampak ganas.

Gelang besi yang mereka pakai biasanya dibeli di uptown, CM ataupun Sungei Wang Plaza dengan harga semurah RM 10.

Tapi kini, muncul pula gelang besi berkualiti tinggi berharga RM 1,000.00 walaupun harga asalnya di luar negara cuma USD 25.00. Itulah dia gelang besi AC Mizal. Tidak mungkin Mat Rempit mampu mmebeli gelang besi AC Mizal kerana biasanya duit minyak motor pun, mereka masih minta dari mak dan ayah mereka.

Berbangsa Melayu

Dan ini adalah kreteria yang paling penting sekali. Mat Rempit mestilah berbangsa Melayu. Pernah ke kamu tengok orang Cina atau India jadi Mat Rempit?

Ah Seng hanya naik motor untuk jual ikan. Muthu pula naik motor untuk menghantar surat khabar. Ahmad saja yang naik motor buat merempit.

Mungkin Mat Rempit sepatutnya dimasukkan ke dalam Ketuanan Melayu dimana kuota untuk Mat Rempit dikhaskan 100% milik Melayu sahaja.

==========

Sampai di sini sahaja nukilan untuk hari ini. Aku harap, entri ini dapat membantu kamu membezakan yang mana Mat Rempit asli, dan yang mana Mat Rempit poser yang hanya merempit untuk impress budak perempuan bawah umur.

BERKENALAN DENGAN MOTOR 125zr

Pengenalan
Kini tampil dengan wajah baru sepenuhnya. Nyata, ia lebih mempersona dengan 2 warna baru yang lebih garang dan dekal yang lebih sporty. Dipadankan dengan prestasi yang sama cemerlang dan dilengkapi pula dengan ciri-ciri keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh saingan, tidak hairanlah ia tetap menjadi motosikal 2 lejang yang paling unggul dalam kelasnya.

Prestasi Enjin
Dengan nisbah mampatan 6.5:1, unit kuasa ini menghasilkan keluaran kuasa maksimum setinggi 12.8kW pada 8000 rpm dan tork maksimumnya ialah 16.1Nm pada 7500 rpm. Ini memastikan keunggulan prestasinya dengan pemecutan yang lancar pada kelajuan rendah mahupun pada kelajuan tinggi.

Pemangkin Asap
Pemangkin tiub-panas mengurangkan gas daripada ekzos sehingga 50%. Ia membersihkan elemen-elemen toksid seperti karbon monoksida, hidrokarbon dengan menukarnya kepada sebatian seperti air, hidrogen dan karbon dioksida. Pemangkin mesra alam sekitar ini tidak memerlukan penyelenggaraan. Pertama dalam kelasnya di Malaysia dan penggunaan petrol tanpa plumbum adalah disyorkan.

Ciri-ciri
Keseluruhan panjang x lebar x tinggi
= 1,900mm x 675mm x 1,035 mm
Kelajuan keseluruhan
= 124.3cc
Ketinggian tempat duduk
= 752 mm
Tapak roda
= 1,250 mm
Kelegaan minimum dari tanah
= 135 mm
Berat kering
= 101 kg
Bateri
= YB3L-B
Kapasiti minyak enjin
= 1.2 liter
Sistem api
= Digital magnet canggih jenis CDI
Transmisi
= 6 kelajuan / gear
Brek depan / belakang
= Brek cakera

Warna
MERAH,PUTIH

Sejarah
Generasi pertama adalah 125Z yang mula dikeluarkan pada tahun 1999. Seterusnya pada tahun 2005, diperkenalkan 125ZR yang dikeluarkan hinggalah sekarang. Namun pada awal tahun 2011 Yamaha menghentikan pengeluaran Yamaha 125ZR ini atas sebab-sebab tertentu (dengar ceritanya untuk mengelakkan wujud lebih ramai rempit, mengurangkan asap di jalan & mengurangkan kemalangan jalanraya). Ini menjadikan ianya sekarang "limited edition".

solek

ni moto budak pulau jgk,pada mulanya moto ni rosak,warna pon..biase2 jeee... kiteowg kesian... apa lagy!!! kiteowg baiki la moto ni..haha warna pon kiteowg tukar.. owner moto ni..bukan maen gembira lagy..

KAMI BUDAK BIASA

setiap mlm kami akan berkumpul, untuk bercerita,dan bergembira menghiburkan hati

PERHATIAN!!!

kawan kami ini kemalangan di tempat keje... kakinya melecur terkena acid dan air panas.. skrg terlantar di katil rumah... minta jasa anda untuk mendoakan beliau cepat sembur

hey budak UPSR

function

bila la group ni nk bejalan reramai.. mungkin lepas aku SPM,, semua bdk dh ada moto.. bole bejalan sana sini.. yg sikembar nk beli 125z, shadan pon nk beli jgk.. haha.. tape... baru bole convoi moto 125z reramai.. :p korg pon beli jgk taw !! haha

kawan

ni la die... bdk2 pulau.. haha tade keje maen api

fotografi

ini la tukang snap gamba kumpulan ni.. HAIDIR B AMRAN

Sunday, September 8, 2013

stiker

group ni telah mencipta satu stiker, okey x?

PENGENALAN KUMPULAN

kami mencipta kumpulan ini,untuk mencari lebih kenalan.. dan bersatu membentuk sekumpulan budak motor.. kumpulan ini bukannya membawa ke arah yg negatif, kami hanya mahu berkawan, dan ingin mengajak berjalan_jalan menaiki moto.. kumpulan ini tidak akan membuat sebarang salah laku jalan raya yang akan menyebabkan kemalangan.,..